syi'ar pengetahuan

Just another Blog UMY site

Aqidah-Akhlaq

Posted by Suhendar 0 Comment

Syaja’ah              

Imam Al-Ghazali dalam catatan Ihya`nya menjelaskan persoalan ini dengan membuat perbandingan dengan aspek zahir diri manusia bagi memudahkan kefahaman. Beliau mengatakan bahwa, sebagaimana keelokan dan keindahan gambaran zahir diri manusia itu secara mutlaknya tidak akan menjadi sempurna tanpa gabungan beberapa aspek.

Contohnya muka tidak akan kelihatan cantik dan sempurna dengan hanya cantik dan sempurnanya dua mata saja, sedangkan hidung, mulut serta pipi misalnya cacat. Maka demikianlah juga halnya dengan diri batin manusia tersebut. Ia memerlukan gabungan beberapa elemen untuk berupaya tampil mempamerkan keindahan dan kecantikannya. Aspek batin yang indah serta cantik itulah yang akan melahirkan perlakuan akhlak yang baik dan mulia. Elemen-elemen penentuan yang dimaksudkan oleh al-Ghazali yang dianggap oleh beliau sebagai rukun ialah empat kekuatan atau daya yang ada dalam diri manusia, iaitu:

(a) Kekuatan atau daya ilmu melahirkan kebijaksanaan (hikmah).

(b) Kekuatan atau daya marah melahirkan keberanian (syaja`ah).

(c) Kekuatan atau daya syahwat melahirkan ketabahan (‘iffah).

(d) Kekuatan atau daya kesederhanaan melahirkan keadilan (‘adl).

Untuk menjadikan persoalan yang dibicarakan ini lebih konkrit dan lebih jelas, maka ungkapan ‘baik dan wajar’ yang dijelaskan oleh al-Ghazali di atas sebagai syarat bagi terhasilnya akhlak yang baik itu mestilah didefinisikan dengan jelas. Keadaan bagaimana sebenarnya yang dikatakan bahawa keempat-empat rukun itu sedang berada dalam keadaan atau suasana yang ‘baik dan wajar’. Bagaimana pula ciri-cirinya? Dalam konteks ini, al-Ghazali menjelaskan dalam lhya` ‘Ulum al-Din: “Adapun kekuatan ilmu, maka kebaikan dan kesesuaian kewajarannya berada pada keadaan di mana dengan kekuatan ilmu tersebut memudahkan pemiliknya faham serta boleh membuat perbezaan di antara kebenaran dan kedustaan dalam kata-kata, membuat perbedaan di antara al-haq dan al-batil dalamakidah, dan membuat perbedaan di antara yang baik dan yang buruk dalam laku perbuatan. Apabila baik sejahtera daya kekuatan ilmu ini, ia akan menghasilkan hikmah; dan hikmah itu pula merupakan pangkal utama kepada perlakuan akhlak yang baik. Hikmah inilah yang terungkap dalam firman Allah S.W.T:

“Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). Dan siapa yang diberikan hikmat kebijaksanaan itu, maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak.” [al-Baqarah (2): 269]

Al-Ghazali menjelaskan kepada kita beberapa contoh serta perbandingan ibarat untuk memperkukuhkan pandangan beliau:

Bandingan akal itu adalah bagaikan penasihat dan penunjuk jalan, sedangkan kekuatan keadilan pula merupakan kuasa di mana bandingannya bagaikan pelaksana atau penguasa yang bertanggungjawab menentukan terlaksananya petunjuk akal. Marah pula ialah ejen yang melaksanakan petunjuk akal tersebut.

Bandingan kepada marah itu adalah bagaikan seekor anjing pemburuan; maka ia perlu diajar dan dilatih sehingga tabiat serta kegemarannya menjadi selaras dengan petunjuk akal, bukannya selaras dengan desakan dan dorongan hawa nafsu.

Sedangkan syahwat itu bandingannya bagaikan seekor kuda tunggangan yang ditunggangi sewaktu melakukan pemburuan; maka ia kadang-kadang cukup terlatih dan terampil, dan kadang-kadang ia cukup liar sekali.

Oleh itu, siapa yang menjadi cemerlang dan seimbang semua sifat serta ciri ini, maka dia, secara mutlak, merupakan seorang yang berakhlak baik.Orang yang cemerlang dan seimbang sebahagian sahaja daripada sifat-sifat berkenaan, maka dia akan berakhlak baik hanya pada bahagian yang berkenaan sahaja, iaitu sama seperti orang yang hanya cantik pada sebahagian daripada wajahnya sahaja, tidak pada seluruh wajahnya. Berada dalam keadaan baik dan seimbangnya kekuatan marah itu, maka ia digelarkan sebagai berani (al-shaja`ah).

 

Categories: islam

PROFIL AKU

Suhendar


Popular Posts

Pengangguran dan Pro

Kehilangan pekerjaan dapat menjadi kejadian ekonomi yang paling mengerikan dalam ...

Cara Mengatasi Anak

Mendidik anak untuk bisa pintar mungkin bisa dilakukan oleh siapa ...

khasiat pegagan

faktor usia dapat berpengaruh terhadap daya ingat manusia. selain faktor ...

aqidah-akhlaq

Tawadhu' Sikap merendah tanpa menghinakan diri- merupakan sifat yang sangat terpuji ...

pengaruh tayangan te

Televisi (TV) merupakan media elektronik yang digemari oleh semua kalangan, ...